Ummu Sibyan Si Wanita Setan

Ummu Sibyan

Ummu Sibyan Si Wanita Setan, memperlihatkan wujudnya untuk pertama kali dihadapan Nabi Sulaiman As. Kegemaran Ummu Sibyan yaitu memasuki wanita tengah hamil untuk hancurkan janin, mengganggu pasangan telah tunangan, dan lain – lainnya.

Ummu Sibyan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Semoga kamu dan kita dan sentiasa dilindungi Allah S.W.T, juga melimpah keberkahan.

Info Misteri saat ini mau ulas tentang ‘Ummu Sibyan’. Siapakah Ummu Sibyan? Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s. bahwa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya, dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk, kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat membelah bumi dengan menggunakan kukunya yang tajam dan boleh memecahkan batu-batan yang besar dengan pekikan suaranya.

Nabi Allah Sulaiman bertanya kepada Ummu Sibyan: Siapakah kamu ? Adakah kamu daripada jenis manusia atau jin? Karena aku tidak pernah melihat orang yang paling bodoh selain daripada engkau.

Wanita itu menjawab: “Akulah Ummu Sibyan (Ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam baik itu pria dan wanita, aku boleh masuk ke rumah – rumah, boleh berkokok seperti ayam, menyalak seperti anjing, bertebah seperti lembu, bersuara seperti keledai, kura-kura dan bersiul seperti ular.

Aku juga boleh bertukar-tukar wajah dengan pelbagai rupa, aku boleh mengikat rahim perempuan, boleh membunuh anak-anak di dalam kandungan dan mereka semua tidak akan mengetahui bahawa itu adalah angkara daripada aku, aku memasuki ke dalam rahim orang perempuan, dan aku ikat rahimnya serta sumbat lalu dia tidak boleh mengandung dan jadilah rahimnya kosong, aku masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar aku tendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua”.

“Aku menyusup masuk kepada kanak-kanak perempuan ataupun orang-orang perempuan yang telah dicalitkan dengan tanda kepadanya, lalu aku mengenakan penyakit dengan ekorku, aku tukarkan kegembiraan orang-orang yang sudah bertunang dengan kecelakaan, aku menyusup masuk ke dalam badan orang lelaki dan aku menghirup spermanya yang putih pekat dan tinggal di dalamnya mani yang cair lagi jernih, maka jadilah dia mandul dan tidak akan melahirkan zuriat.

Aku juga pergi kepada peniaga-peniaga dan aku palingkan jualannya. Dengan itu, dia tidak akan mendapatkan keuntungan, aku meresap masuk ke dalam bumi yang kering, lalu aku sapu menjadikan ia tandus. Dengan itu, ia tidak lagi menjadi subur dan segala tanaman tidak akan menghasilkan buah. Aku juga menyekat kanak – kanak kecil dan aku campakkan kepadanya kepanasan yang sangat panas dan kesakitan yang mengerikan. Maka, dengan itu mengigillah badan mereka serta diconteng-conteng rupa paras mereka supaya dibenci orang”.

Nabi Allah Sulaiman pun menangkapnya sambil berkata : “Wahai perempuan yang celaka! Kamu tidak boleh lari dari genggamanku sehingga berikan satu perjanjian dan sumpah setia kepada anak-anak Adam, lelaki dan perempuan”.

Tanda – tanda bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan:

1. Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang ke atas / sudut tertentu),

2. Kanak-kanak berjalan yang jatuh seakan – akan ditolak,

3. Mengigau sambil mengatip gigi berulang kali,

4. Demam panas hanya selepas Asar hingga sebelum Subuh,

Kesan dari gangguan di atas akan mengakibatkan:

1. Sawan Tangis,

2. Autisme (Over Hiperaktif),

3. Nakal tahap Super Gaban (melampaui anak – anak pada umumnya),

4. Terencat akal,

5. Pelbagai kompilasi otak,

Tanda – tanda wanita mengandung terkena gangguan jin Ummu Sibyan:

1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam,

2. Kusut fikiran,

3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang,

4. Mengigau ketika tidur,

5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

Cara Menghindari Gangguan jin Ummu Sibyan:

1. Tutup Pintu dan tingkap Rumah Waktu Maghrib,

2. Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah bermalam diluar rumah (jemuran tak kering).

Cara rawatan pada bayi:

Tiarapkan anak, jangan biarkan matanya melihat ke arah itu, baca ayat Qursi dan 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis.

Halaulah dengan bahasa dan bahasa masing masing seperti contoh “Wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku” InsyaAllah Ummu Sibyan akan pergi.

Cara rawatan pada wanita mengandung:

Bacakan doa-doa menghindar syaitan termasuk doa menghindar sihir seperti (surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali – Imran dan surah Al – Mu’awwizat) pada satu botol air minum / madu asli / kurma untuk dikonsumsi setiap hari sebelum sarapan.

Boleh juga di bacakan doa – doa pada minyak zaitun untuk di sapukan pada bagian dada, dahi, dan tulang belikat sebelum tidur.